Sunday, 7 August 2016

POKEMON GO


Dunia bergegar lg dgn fenomena pelik Pokemon Go. Tak sampai sebulan dilancarkan, follower nya mencecah jutaan orang. Banyak negara yg mula mengharamkan aplikasi ini ats alasan keselamatan. Mufti pula menfatwakan haram tp disanggah oleh gamers yg hardcore. Dunia bagaikan kiamat dgn huru-hara yg berlaku. Aku lihat mereka berjalan- jalan mencari sesuatu dgn handphone ditangan. Seolah seorang pengembara yg sdg menggunakan gps. Aku jd pelik....


Lantas aku mula mengkaji apa sebenarnya Pokemon Go ni?. Di benak fikiranku, ligat berfikir soalan2. Dari mana asal-usul makhluk ini. Apa tujuan ia dilahirkan. Siapa yg bertanggungjawab mencipta makhluk ini. Kenapa ia dicipta dan mcm2 lg. Lalu aku simpulkan di sini buat kalian baca dan berfikir. Sungguh..aku bukan pakar IT yg tahu selok-belok dunia maya. Juga bukan mufti yg mahu menentukan halal dan haram. Aku hnya hamba Allah yg berijtihad dlm mencari kebenaran. Andai ianya tepat, in sha Allah pahala menanti. Andai sebaliknya, sudah terlepas tanggungjawabku utk sampai-menyampaikan sesama Islam..

SATU BENTUK PERISIKAN CIA

POKEMON GO dicipta oleh John Hanke dr syarikat Niantec. Sebelum ini, beliau telah mencipta 1 software yg dikenali sbg Keyhole pd 2001. Keyhole dibiayai oleh Agensi Perisikan Pusat Amerika (CIA) melalui firmanya National Geospatial-Intelligence Agency (NGA). Tugas utama NGA ialah mengutip, menganalisis dan menyebarkan maklumat perisikan geospatial. Seterusnya Keyhole dibeli oleh Google dan bertukar menjadi Google Earth. Sekarang Pokemon Go diaplikasikan melalui Google Earth. Polisi permainan ini jg dianggap pelik sbb Niantec boleh mendedahkan maklumat peribadi spt dinyatakan:

"We may DISCLOSE any information about you (or your authorised child) that is in our possession or control to government or law enforcement officials or private parties".

Melalui Pokemon Go ini, CIA boleh mendapatkan maklumat2 peribadi, lokasi dan gambaran secara tepat di kawasan2 yg diperlukan. Pendek kata kehidupan kita seolah diperhatikan oleh 'Big Brother' spt yg ditulis oleh George Orwell dlm karyanya 1984. Aplikasi ini mengancam keselamatan negara. Negara spt Singapura, Iran, Denmark dan bnyk lg negara telah menyekat kemasukan aplikasi ini:

Pokemon Go TRACKED USERS' location, phone storage, Google Account information (if you joined that way), camera, contacts and activity recognition.."


Kalau dulu, masjid atau tempat ibadah dan suci hanya utk orang Islam, kini musuh bukan Islam 'berteleku' di dlm masjid melalui alam maya. Jika dulu rumah tempat aurat sesama suami isteri tiada batasan, kini sama 'ditelek' Pak Belalang diluar. Hidup seolah tak beratap,tak berdinding, malah mungkin tak berkain..Nauzubillah..



KONSPIRASI YAHUDI

Pokemon telah difatwakan haram oleh Arab Saudi pd tahun 2001 kerana kartun ini mengandungi unsur-unsur Zionisme dan pemujaan. 


Aku tertarik 1 artikel mengenai aplikasi ini dari kaca mata Paderi Yahudi bernama Rab Rabbi Shlomo Buxbaum. Beliau mengaitkan pemain Pokemon Go yg keluar 'mengembara' dgn sejarah Yahudi yg dihalau keluar dr tanah Israel dan mengembara diseluruh pelusuk dunia. 

It is known the concept of exile is so that the Jewish people can elevate the sparks of holiness that they discover among the nations. When there was a Temple, all holiness would be drawn from around the world and concentrated in the Land of Israel. But when the Jewish people sinned and fell from that level, they needed to go through exile in order to bring back all of that holiness. As we see throughout our history in Exile, many countries give us permission to live amongst them for many years, and then suddenly turn against us into our enemies and evict us from their land. The reason is that after we complete our mission in that pace, it becomes our mission to go elsewhere to complete our mission there. (Ohr Gedalyahu).

Lebih pelik, bila Paderi Yahudi menggalakkan permainan ini tetapi Israel sendiri menyekat anggota keselamatannya mendownload aplikasi ini. 


Dalam 1 artikel lain:

For me, the point of life is not to stay in the desert, wandering around, seeking random spectacle, hoping to be transported to the next level. Israel — the place beyond that desert — literally means “struggle with God.” It doesn’t matter whether we’re living in a simulation. We are permitted to argue with the designer. Indeed, that argument is the game itself. Let’s play the hard version.
-Michael Bennett Cohn-


Aku membelek buku The Complete International Jew dan terjumpa fakta yg menyokong andaian2 di ats.

Download atau tak terpulang pd kehendak masing2. Ini zaman 'kerosakan' menjelang kiamat muncul. Kita sedang meniti dgn berhati2 sebelum smpai hari kita dikumpulkan. Selamatkanlah ya Allah..

Tuesday, 23 June 2015

NOTHING TO HIDE


Salam takziah dariku buat waris mangsa gempa bumi di Sabah. Satu peristiwa yang tak terjangkau dek akal kecilku. Seakan jatuh ditimpa tangga, kita diuji lagi dengan kehilangan Kapal Orkim Harmoni, kejatuhan ringgit dan terus menanti 'kepulangan' MH 370 yang telah setahun hilang di dasar lautan. Entah mengapa seakan bumi tidak lagi serasi dengan kita lagi. Adakah ini ujian tuhan bagi menjadikan kita kuat? Atau sebenarnya murka Allah telah tertimpa di atas 'keangkuhan' kita sebagaimana nasib umat terdahulu? Sungguh..ia suatu yang menakutkan diri kerdil ini. Ditambah dengan konflik politik negara yang seakan hilang arah. Arus pertembungan antara ' Nothing to Hide' atau 'Everything must hide'. Kudiamkan saja, hanya jauhari mengenal manikam. . Bagiku, terlalu banyak yang 'dirahsiakan'. Hanya menanti aib dibuka satu persatu. Mungkin mereka terlupa Allah tidak pernah pejam walau sekelip tanpa mengetahui apa yang dilakukan. Sampai masanya, ia bukan lagi menjadi satu rahsia, tetapi satu opera untuk tontonan umum yang akan menjadikan engkau sebagai watak si penjahat. Ini bukan mimpi tapi satu realiti yang telah pun terjadi. Aku tidak berhasrat menyentuh sifat sang perompak tetapi sebaliknya sifat bodoh, kejam dan tamak seorang pemimpin yang kononnya hebat tetapi akhirnya tak mampu diselindung lagi. Aku tintakan di sini..


Mao Zedong merupakan pengasas negara Komunis China. Di bawah pentadbirannya, China berjaya menjadi sebuah negara yang kuat dari sudut ekonomi dan pembangunan pertahanan sehingga ke hari ini. Nama Mao Zedong terlalu gah di China sehingga sesetengah rakyatnya menganggap beliau seakan tuhan dari kayangan. Namun, di sebalik nama yang gah dan tentera yang kuat, kebodohan beliau tidak lagi dapat disembunyikan. Mao Zedong tidak percaya kepada ilmu dari amalan membaca buku. Mao mengganggap " for those who attend the school might well acquire learning, but lost the 'truth'". Truth (Kebenaran) tidak akan diperolehi daripada membaca tetapi hanya akan lahir melalui cra Revolusi/pemberontakan. Mao menyatakan 'to read too many books is harmful'. Rakyat hanya perlu menurut kata pemerintah tanpa perlu berfikir. Maka lahirlah 'Buku Merah' yang mengandungi idea dan amanat Mao yang dijadikan panduan formal rakyat China ketika itu. Kesannya, jutaan rakyat mati diseksa dalam 'Revolusi Kebudayaan' , 'Great Leap Forward' dan 'Ploterian Revolution' ciptaan Mao Zedong bagi menunjukkan taat setia kepada Mao. Walaupun hebat di mata dunia, kebodohan Mao bukanlah satu yang boleh di 'hide'.


Adolf Hitler satu nama yang tidak asing bagi kita. Semasa Hitler menjadi pemerintah Nazi, Jerman mencapai kejayaan yang gemilang dan merupakan kuasa tentera terkuat di dunia pada ketika itu. Terkenal dengan sifat kejam yang dasyat, beliau akan menghukum sesiapa yang dianggap menentang beliau. Hitler dianggap antara pemimpin berkarisma dan beberapa kali terselamat daripada cubaan membunuhnya. Hitler mati dengan membunuh diri tetapi kekejaman beliau tidak berakhir di situ. Selepas tentera Jerman menyerah kalah, terbongkar segala kekejaman Hitler dengan penemuan kem-kem tahanan yang penuh dengan ribuan mayat bertaburan dan manusia tengkorak hidup tanpa daging. Di kem yang dinamakan ' Concentration Camp', tahanan wanita dirogol lebih 50 kali sehari, badan dipanggang seakan ayam panggang dan dimasukkan kedalam ketuhar, wanita mengandung ditembak di perut dlm keadaan berbogel dan banyak lagi yang terjangkau dek akal manusia. Nothing to hide..


Keinginan menjadi sebuah negara 'Global Cinema Force' setaraf Hollywood bukan lagi menjadi satu rahsia oleh Presiden Korea Utara, Kim Jon II. Walaupun menyedari negaranya masih jauh ketinggalan dari aspek pembangunan perfileman, namun sifat cemburu kepada negara maju lain menyebabkan beliau telah menculik seorang aktres Korea Selatan bernama Choi Un Hee dan suaminya Shin Sang Ok seorang pengarah filem. Insiden ini berlaku pada tahun 1978 dimana kedua-dua mereka ditahan dan diseksa di dalam sebuah penjara bagi tujuan 'brainwash' sebelum dibebaskan dan dihadapkan di hadapan Kim Jong II. Kim telah mengarahkan mereka menerbitkan sebuah filem bagi menaikkan nama Korea Utara. Maka terhasillah filem 'Pulgasari' yang tak ubah seperti raksasa yang melawan ultraman. Sikap tamak mahukan diri disanjung dunia meletakkan nama Kim Jong II sebagai pemimpin yang 'kolot' di mata dunia. Konspirasi ini hanya berjaya didedahkan apabila kedua-dua mereka diselamatkan Amerika dalam lawatan ke Vienna pada tahun 1986.


Sehebat mana pun seorang pemimpin itu, sekuat mana pun bala tenteranya, jika seharum bunga pun kata-katanya, mereka takkan mampu berselindung di sebalik 'tangan jahat' yang mereka lakukan. Sampai masa dan ketikanya akan terbongkar juga segalanya. Nothing to Hide-

Wednesday, 17 June 2015

The Unfinished Business: Serangan Subuh 1981


Pertama kali aku mendengar tentang peristiwa ini ialah ketika menonton rancangan Ilmu dan Falsafah di TV Al Hijrah oleh Ustaz Badlishah. Walaupun beliau tidak memperincikan secara mendalam, namun ia cukup membuat diri ini memberontak untuk mencari maksud yang jelas tentang peristiwa ini. Apakah maksud "Serangan Subuh"? Siapa dan mengapa ia dilakukan?.. Mungkin sukar bagi orang bawahan seperti aku memahami maksud dan kronologi peristiwa ini, namun aku berusaha untuk mengolah secara ringkas dan santai agar kalian memahaminya..Aku tintakan di sini..


Peristiwa bersejarah ini berlaku pada 7 September 1981. Dalam tempoh masa kurang 4 jam Syarikat Perladangan milik British iaitu Guthrie Corporation Limited telah berjaya dibawa pulang ke Malaysia. Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, hakikatnya kemerdekaan itu hanya tertakluk di atas sebuah kertas perjanjian. Realitinya, British masih menguasai hasil ekonomi negara melalui sektor perladangan. Menjelang tahun 1970, dianggarkan sebanyak 60% asset korporat Malaysia dimiliki oleh bukan rakyat Malaysia. Guthrie Corporation Limited (milik British) dari tahun 1970-1981 memiliki 194,000 ekar ladang di Malaysia. Ini bermaksud, setiap ladang getah, kelapa dan koko yang kita usahakan hasil pendapatan lebih 60% dimiliki "Mat Salleh Bermata Biru" melalui pegangan saham. Kita hanya mendapat lebihan hasil pendapatan yang digunakan untuk membangunkan Tanah air yang baru merdeka. Ya, kita masih dijajah rupanya..


Di sebalik kerakusan British ini, lahir beberapa orang pahlawan moden yang tidak didendang kehadirannya. Benci dengan sifat kolonialisme yang terus membelenggu orang Melayu, 3 anak Melayu mencatur fikiran bagi menyahkan British dari bumi bertuah ini. Mereka itulah Tun Mahathir Mohamad, Tan Sri Ismail Ali dan Tan Sri Khalid Ibrahim. Siapakah mereka ini?. Aku terangkan secara ringkas. Tun Mahathir Mohamad pada ketika itu ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa, Tan Sri Ismail Ali ialah abang ipar kepada Tun Mahathir dan juga Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Tan Sri Khalid sebagai Ketua Pegawai Pelaburan PNB pada ketika itu. Perancangan sulit dilakukan bagi menjayakan misi ini dengan strategi memujuk pelabur yang mempunyai kepentingan saham terbesar dalam Guthrie supaya menjualnya kepada PNB. Pada masa itu, PNB hanya mempunyai 25% kepentingan saham dalam Guthrie. Dalam hal ini, PNB mewakili kerajan Malaysia.


Strateginya, 3 kumpulan dipecahkan dan bergerak dalam satu masa (sekitar waktu Subuh di London). Tan Sri Khalid di Kuala Lumpur dengan memastikan pemegang saham (pro kerajaan) kekal tidak menjual sahamnya, Tan Sri Ismail pula ke Singapura (kota London jam 5 pagi) bagi memujuk CEO OCBC, Tan Chin Tuan (salah seorang pemegang saham dalam Guthrie) supaya menjualnya kepada PNB dan Rothchild (sebuah badan penasihat kewangan Kepada Kerajaan) di London bagi membeli saham yang lain. Tepat jam 4 petang waktu Malaysia (awal pagi di London), "Serangan Subuh" ini bermula dengan membeli semua saham milik Guthrie. Dalam tempoh masa kurang 4 jam, PNB berjaya memperoleh lebih 50% kepentingan saham dalam Guthrie tanpa pengetahuan CEO Guthrie yang berpengkalan di London. Ia sekaligus menjadikan Malaysia berjaya membawa semula hasil bumi negara pulang ke tanah air. Maka bebaslah kita dari tangan "Sang Kolonial Bermata Biru" atas jasa ketiga wira ini..

Monday, 25 May 2015

AIR MATA ROHINGYA



Burma/Myanmar

Burma adalah nama asal negara Myanmar selepas diluluskan oleh State Peace and Development Council (SPDC) pada tahun 1989. Etnik terbesar di negara ini adalah Burman Origin dan beberapa kumpulan minoriti lain. Peperangan etnik paling kejam berlaku di kawasan Rakhin (nama Arakan yang ditukar) antara etnik Budha Arakan dan Muslim Rohingya.


The Origin of Rohingya

Terdapat 2 versi sejarah asal usul etnik Rohingya yang menjadi pertikaian dan tidak dapat dipastikan sehingga hari ini. Pertama, "Rohingya" dikatakan penduduk asal kawasan Arakan. Perkataan  "Rohingya"  dikatakan berasal dari perkataan Rohang yang membawa maksud nama asal negeri Arakan. Etnik Budha dan Muslim Arakan pada mulanya berkongsi budaya, pakaian, makanan selain agama. Kedua-dua etnik ini sama-sama didiskriminasi oleh majoriti Burman sehinggalah Nationalist Burman bertindak menyatukan seluruh penganut Buddha di seluruh Burman. Versi sejarah ini didukung oleh organisasi kemanusiaan termasuk Arakan Rohingya National Organization (ARNO) dengan harapan dapat meyakinkan pemerintah bagi mendapatkan kerakyatan Myanmar.





Versi kedua pula menyatakan Etnik Rohingya dibawa masuk oleh British ke Arakan pada tahun 1823 dari India untuk bekerja di sektor parladangan. Kerajaan Burma berpegang kepada fakta ini dan memanipulasikan 1982 Citizenship Law bagi mengusir etnik Rohingya yang dianggap kaum pendatang.
Kerajaan melabelkan mereka Immigrant Bengali tidak sah dan lebih buruk lagj Bangladesh juga tidak mengiktiraf kerakyatan mereka. 

Legacy of Discrimination

Sebelum era kolonial British, Islam dan Buddha hidup dalam keadaan aman harmoni. Konflik berpunca apabila British membawa masuk buruh dari India selepas tahun 1823 terutama di Rangoon. Rasa tidak senang hati penduduk asal Burma timbul kerana mereka digantikan pekerja etnik India yang sanggup menerima upah murah. Intermarriage antara Buddha-Muslim adalah suatu yang normal pada abad ke 19 dan 20 di Burma tetapi bertukar menjadi faktor konflik antara Buddha dan pendatang India Muslim pada tahun 1920. Selain faktor Marriage Law, faktor lain konflik ialah peluang pekerjaan dan sosio ekonomi yang tidak memihak kepada etnik Buddha. Kesudahannya rusuhan kejam berlaku pada tahun 1930 yang mensasarkan kaum wanita dan kanak-kanak.


Rusuhan kedua berlaku pada tahun 1938 yang menyasarkan khusus kepada etnik Muslim. Ia lanjutan daripada isu Marriage Law yang menjadi punca konflik kaum 1930. Sentimen perkauman 'Muslim ingin membolot kekayaan negeri Burma dan merampas anak-anak perempuan mereka' dimainkan. "Buddhist Women Special Marriage and Succession Bill" dikaji semula oleh kerajaan. Dalam rusuhan ini, 113 buah masjid telah dibakar. Suruhanjaya Siasatan ditubuhkan dan satu perjanjian dimaterai antara Kerajaan India dan Burma. Malangnya belum sempat perjanjian dilaksanakan, Jepun menduduki Burma.


Keganasan juga berlaku di kawasan Arakan selepas pendudukan Jepun di Burma pada tahun 1942 antara Buddha dan Muslim Arakan. Faktor utama konflik ialah masalah sosio ekonomi yang tidak seimbang. Kampung-kampung dibakar dan ratusan ribu Muslim melarikan diri ke kawasan Utara Arakan (Utara Arakan merupakan kubu kuat majoriti Muslim) dan sesetengahnya lari ke sempadan India. Takut dengan ancaman Muslim Arakan di Utara yang mendapat berita penindasan Muslim oleh Buddha di Arakan, Buddha telah melarikan diri ke bahagian Selatan. Hal ini mewujudkan polarisasi kaum yang jelas di Utara Arakan yang dikuasai Muslim Rohingya dan Selatan Arakan oleh Buddha. British ketika itu mengiktiraf Utara Arakan sebagai status Muslim National Area. Sebaliknya status ini dibubarkan semasa pemerintahan parti AFPFL di bawah pimpinan Aung San dan U Nu. Pada tahun 1948, kumpulan Mujahidin dari Chittagong (sekarang Bangladesh) telah masuk ke Arakan bagi berjihad membebaskan Muslim di sana namun gagal dan menyerah diri pada 1961. Di bawah pemerintahan U Nu, Rohingya diisytihar sebagai salah satu etnik Burma. Namun, selepas kejatuhan U Nu yang digulingkan Regim Tentera di bawah Ne Win, Rohingya tidak lagi diiktiraf sebagai rakyat Burma.


Dictatorship of Ne Win

Nasib Rohingya bertambah buruk sehingga ke hari ini selepas General Ne Win merampas kuasa pentadbiran negara pada tahun 1962. Beliau memperkenalkan Operasi Naga Min (Dragon King) bagi membersihkan negara daripada pendatang luar yang tidak mempunyai pengenalan diri. Taktik kejam digunakan dengan membunuh, menyeksa tahanan, merogol, merampas tanah dan kediaman. 250,000 orang Rohingya melarikan diri ke sempadan Bangladesh. Prihatin dengan mangsa pelarian, badan kemanusian antarabangsa United Nations Refugee Agency ( UNHCR) membawa Bangladesh dan Burma ke meja rundingan. Kata putus dicapai dan Operasi Shwe Hintha (Golden Bird) digerakkan bagi membawa semula pelarian ke negeri Arakan.




Namun, pada tahun 1988 apabila State Law and Order Restoration Council ( SLORC) mengambil alih, pengusiran dilakukan semula. Kali ini, Operasi Pyi Thaya(Clean and Beautiful Nation) digerakkan bagi menghapuskan etnik Rohingya. Kali ini, badan kemanusiaan antarabangsa dan kesihatan tidak dibenarkan masuk. Beribu tahanan dibunuh, dirogol dan ditahan dan kem tahanan yang dikawal oleh pasukan keselamatan yang dikenali sebagai NaSaKa. Pasukan inilah yang melakukan keganasan ke atas tahanan. Mereja dinafikan makanan, kesihatan, pendidikan dan tidak dibenarkan berkahwin dan mempunyai anak tanpa kelulusan kerajaan. Mereka dianggap sebagai " modern-day slavery".

Pada Mei 2012, dilaporkan seorang wanita Buddha telah dirogol oleh sekumpulan lelaki Rohingya. Isu ini terus menyemarakkan lagi api perkauman dan keganasan dan penindasan ke atas Muslim Rohingya sebagai membalas dendam  terus berlaku. Sebanyak 4,855 binaan dimusnahkan, 78 000 palarian ditahan dan diseksa di kem tahanan.

The Toothless Tiger


Aung San Suu kyi yang merupakan pejuang demokrasi Burma sehingga kini hanya mendiamkan diri apabila diajukan isu Rohingya. Ia menjadikan isu Rohingya ini bertambah kompleks.

The Sangha


Sangha merujuk kepada komuniti kecil ‘pejuang’ Budha. Di dalam kitab Vinaya Buddha menyebut “ Monk must not engage ini public worldly affairs but for one exception; when the Sasana (Budha religion) is perceived to be under threat”. Sangha telah berarak membantah cadangan Organisation of Islamic Coorporation  (OIC) menubuhkan pejabatnya di Burma dan memberi bantuan kewangan dan perubatan kepada Rohingya. Pada tahun 2012, keganasan yang berlaku tidak berpunca daripada pihak keselamatan sepenuhnya tetapi kekejaman membunuh Muslim Rohingya dilakukan oleh Sangha. 



 Reference

Mary Kate Long. "Dynamic of State, Sangha and Society in Myanmar: A Closer Look at the Rohingya Issue", Asian Journal of Public Affairs, Vol.6.No.1. 


Tuesday, 10 February 2015

HELAH POLITIK

Bismillah,


Acapkali aku disindir "kenapa belajar Sains Politik? Nak jadi YB ke?". Tak kurang yang memperlekehkan dengan nada "aku tak minat politik".Ada juga yang berkata "Politik tu kotor". Aku hanya mampu tersenyum dan kubiarkan persepsi sebati dengan akal waras mereka. Biarkan..Andai benar bagai dikata mengapa Rasulullah juga berpolitik apabila menyatukan Ansar dan Muhajirin? Perjanjian Hudaibiyah, utusan Rasulullah kepada Raja an Najasyi tidak cukupkah membuktikan Rasulullah berpolitik?


Aku berprinsip 'Islam hanya akan menang dengan percaturan politik'. Mungkin ramai yang menggeleng dengan hujah kurang masak ini. Tak mengapa ianya bukanlah untuk memecah kebuntuan, tetapi mengajak kalian berfikir dan mencari titik penyelesaian umat hari ini. Aku hujahkan di sini..


Aku melihat bagaimana Jepun sebuah negara hebat yang pernah menguasai dunia satu ketika dulu kini layu diejek bagai 'Harimau Tak Bergigi'. Hebat dengan teknologi canggih tetapi tunduk kepada kuasa 'Uncle Sam'. Hatta kitab perlembagaan negara dinoda penjajah Mc Arthur. Juga Korea Selatan dengan kemajuan IT yang luar biasa tapi terkedu berdepan dengan Amerika. Aku terfikir teknologi mereka canggih tetapi kenapa masih tidak mampu menjadi Kuasa Dunia? Kemana perginya kecanggihan mereka. Mengapa tidak dilawan saja?


Aku mengkaji bagaimana Jerman yang satu ketika digeruni dunia di bawah pemimpin agung Hitler akhirnya tersungkur dan tak mampu bangkit melawan kuasa dunia. Kini, ia hanya termaktub dalam lipatan sejarah yang mungkin tak akan berulang seakan tumbangnya Tembok Berlin.


Aku merenung nasib negara Islam yang kaya dengan harta Qarun seperti Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan Yaman tetapi hanya mampu mengikut telunjuk Sang Kafir bermata biru. Yang lainnya Libya, Pakistan, Iraq, Mesir dan Syiria satu persatu tumbang dan terus bergolak menjadi sarang melebarnya fitnah Munafik. Jauh aku berfikir..Mereka kaya tetapi mengapa perlu tunduk dengan Sang Kafir? Kemanakah hilangnya nilai Qarun mereka? Mengapa masih tidak mampu membela Islam di puncak dunia?


Hatiku bertanya mengapa Palastin sehingga kini masih bergelut untuk menjadi sebuah negara? Aku memberontak tatkala melihat Israel menyembelih anak kecil yang tidak berdosa. Lantas aku terfikir mengapa Israel sebuah bangsa yang tidak ada negara, tiada kekayaan hasil bumi, tiada teknologi secanggih jepun mampu meletakkan Amerika di hujung jarinya? Hebatnya mereka hingga mampu mempengaruhi Barat untuk mengirim umat Islam ke liang lahad. Mereka bukanlah bangsa yang kuat tetapi pandai bermain 'Helah'. Ia bukanlah auta sembarangan tetapi fakta yang aku perolehi dari bacaan ilmiahku.


Lalu aku teringatkan pesan guruku "Politik berkisar tentang KUASA yang menentukan SIAPA mendapat APA dan BAGAIMANA" ..Benarlah, kekayaan, kekuatan tentera dan kecanggihan teknologi semata-mata tidak meletakkan sesebuah negara itu menjadi Kuasa Dunia. Tetapi Islam perlukan seorang pemimpin yang bijak mencatur 'Helah Politik' dengan bersandarkan Al Quran dan Hadith sebagai rohnya. Muhammad Al Fateh pernah membuktikannya sewaktu membebaskan Kota Constantinople dari tangan Sang Kufar satu masa dahulu. Moga tangan kecil ini mampu menurutinya..

Monday, 25 August 2014

ISIS- Antara Fitnah Dunia dan Mengejar Syahid


BBC melaporkan seorang journalist warganegara Amerika bernama James Foley telah disembelih hidup-hidup oleh militan ISIS ( Islamic State of Iraq and Syiria). Ia sebagai peringatan kepada Amerika di atas campur tangan tentera mereka di Iraq dan Syiria. ISIS juga telah menawan askar Iraq dan penduduk kampung di sebuah pergunungan sebelum dibunuh dengan menembak ratusan tawanan di kepala. Pembunuhan kejam ini mendapat liputan meluas di akhbar antarabangsa dan laman sosial. Islamophobia kembali meniti di bibir masyarakat beragama Ktistian dan lain-lain. Islam dianggap keji dan jahat angkara tindakan kejam kumpulan militan ISIS ini. Ramai ulama' menyifatkan ISIS sebagai sesat dan khawarij. Lebih malang, semakin ramai diantara kita yang turut terjebak bersama ISIS semata-mata mahukan pahala syahid. Nauzubillah..


Aku terpana tatkala membaca berita dan menonton di youtube bagaimana ISIS membunuh tawanan mereka. "Ada sesuatu yang tidak kena", dalam fikiranku. Cara ISIS mengasari tawanan, menembak dan menyembelih mangsa, peralatan perang mereka dan banyak lagi membuatkan aku bertanya adakah ini satu propaganda? Lantas aku cuba jalankan 'research' secara sendirian. Aku berpegang kepada pesanan Ustaz Badlisyah dalan rancangan Ilmu dan Falsafah di tv al Hijrah. "Setiap ilmu yang disampaikan bukan untuk 'memecah kebuntuan' atau menganggap kitalah yang paling tepat. Cukup sekadar menyampaikan untuk manusia lain berfikir". Hasil carian, aku temukan 'lompong-lompong' yang mungkin ianya kebetulan atau 'terlupa' ditutup oleh Sang Munafik. Di sini aku rungkaikan satu-persatu untuk kita berfikir:


1. Seorang pengkaji Geopolitic dan penulis Majalah online “New Eastern Outlook” bernama Tony Cartalucci yang berpengakalan di Bangkok telah mendedahkan ISIS adalah 'satu kumpulan ciptaan Amerika Syarikat' dan individu kaya dari Persian Gulf iaitu Arab Saudi, Qatar dan Kuwait.

"The Islamic State of Iraq and Syria (ISIS), now threatening Baghdad, was funded for years by wealthy donors in Kuwait, Qatar, and Saudi Arabia, three U.S. allies that have dual agendas in the war on terror".-the Daily Beast

2. ISIS kini menguasai kawasan Utara Syria dan merentasi Utara dan Barat Iraq yang secara ' kebetulan' adalah kawasan yang dikawal dan dikuasai oleh Agensi Perisikan Amerika (CIA) sejak beberapa tahun dahulu. Soalannya: bagaimana sebuah kawasan yang diawasi rapat oleh CIA boleh dikuasai mudah oleh ISIS?


3. Akhbar the Telegraph bertarikh Mac 2013 dalam artikel bertajuk “US and Europe in ‘major airlift of arms to Syrian rebels through Zagreb" menyatakan sebanyak 3,000 tan senjata telah dimuatkan dalam 75 buah kapal terbang dibiayai oleh Arab Saudi atas arahan Amerika telah diterbangkan ke Syiria. The New York Times pula melaporkan “Arms Airlift to Syria Rebels Expands, With C.I.A. Aid,” dengan bantuan Arab Saudi dan Turkey selain membenarkan ratusan pendaratan di Jordan dan Turkey.

4. Mantan mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Asri Zainal Abidin dalam artikel terbarunya bertajuk 'London, ISIS dan Gaza' turut menyatakan rasa pelik bagaimana ISIS sebuah kumpulan yang tidak dikenali menjadi sebegitu kuat. Beliau juga menegaskan apa yang dilakukan ISIS bukan yang dituntut oleh Islam.


Mengapa Amerika 'berpura-pura' mahu memusnahkan ISIS dan apakah objektifnya adalah suatu yang sukar dirungkai. Ia sebuah perancangan dan muslihat yang dirancang rapi. Mungkin mahu menunjukkan kejahatan Islam di mata dunia, mungkin juga mahu menguasai tanah dan hasil bumi Iraq atau mahu memecah-belahkan kesatuan umat dan lainnya. Aku khuatir andai kita tersilap pilih antara 'jihad' atau 'mati katak'. Benarlah hadith Rasulullah:

Ya Allah berilah keberkatan kepada kami, pada Syam kami dan pada Yaman kami”. Para sahabat berkata “dan juga Najd (Iraq) kami?”. Beliau bersabda “disana muncul kegoncangan dan fitnah, dan disanalah akan muncul tanduk setan”

[Shahih Bukhari 2/33 no 1037]

Moga Allah selamatkan kita dari fitnah dunia. Leraikanlah segala kekusutan, penuhilah dada kami dengan ilmu agar dapat membezakan yang hak dan bathil agar dapat kami mengetuk pintu syurgaMu.

Friday, 22 August 2014

Mengenang MH 17


Langit mendung seakan turut bersedih. Di kaca tv, media menyiarkan siaran langsung Majlis Istiadat Ketibaan Jenazah MH 17 dari Belanda di KLIA. Suasana suram menyelubungi waris mangsa dan seluruh rakyat Malaysia. Serba hitam, air mata tak henti tumpah menyekang pipi. Al Fatihah tak putus meniti di bibir buat sedekah, ucapan takziah dan pengutus semangat bertebaran di media sosial. 22 Ogos 2014- Malaysia Berkabung!


Khutbah Jumaat berkisar tentang perjalanan roh dan catatan di Luh Mahfuz. Kematian adalah satu ketentuan Allah yang sudahpun tertulis di Luh Mahfuz. Hatiku tersentuh. Entah apa takdir kematianku nanti. Bagi mereka, sudah tercatat permulaan perjalanan ke alam barzah mereka sedemikian rupa. Tak mampu kusekang air mata saat imam mendengarkan ayat ke 5 Surah al Fatihah
(إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ)
"Hanya Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan".

Sungguh! Kami mengharapkan pertolonganMu ya Allah.
Usai solat Jumaat, aku bersolat jenazah. Hadiah ikhlas dariku buat Allahyarham Hasni Hardi Parlan yang terbaring sepi dalam keranda dihadapanku. Membawa bersama sedekah kami menuju ke alam kekal abadi. Sebak ku rasa...


Aku terkesan dengan pemergian mereka. Insan mulia binasa angkara tangan kotor gilakan kuasa. Ke mana hilang akal nan waras, mengapa menepi sifat kasih sayang? Sesungguhnya kita tersepit antara kesombongan dan ketamakkan kuasa dunia. Kita terus terhimpit mencari siapa dalang tragedi ini. Moga tangan ini berupaya mengubah dunia 1 hari nanti. In Sha Allah..

Bersemadilah dengan tenang wahai sahabat. Terimalah sedekah kami agar Allah mengampunkan dosa-dosamu, buat meringankan siksaan, melapangkan kubur dan pembuka jalan untukmu ke Jannatul Firdaus kerana pasti kami jua akan menurutimu. Al fatihah-Mengenang MH 17-

إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْأَرْحَامِ ۖ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَدًا ۖ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

"Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dialah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."

(Surah al Luqman; 34)