Tuesday 23 June 2015

NOTHING TO HIDE


Salam takziah dariku buat waris mangsa gempa bumi di Sabah. Satu peristiwa yang tak terjangkau dek akal kecilku. Seakan jatuh ditimpa tangga, kita diuji lagi dengan kehilangan Kapal Orkim Harmoni, kejatuhan ringgit dan terus menanti 'kepulangan' MH 370 yang telah setahun hilang di dasar lautan. Entah mengapa seakan bumi tidak lagi serasi dengan kita lagi. Adakah ini ujian tuhan bagi menjadikan kita kuat? Atau sebenarnya murka Allah telah tertimpa di atas 'keangkuhan' kita sebagaimana nasib umat terdahulu? Sungguh..ia suatu yang menakutkan diri kerdil ini. Ditambah dengan konflik politik negara yang seakan hilang arah. Arus pertembungan antara ' Nothing to Hide' atau 'Everything must hide'. Kudiamkan saja, hanya jauhari mengenal manikam. . Bagiku, terlalu banyak yang 'dirahsiakan'. Hanya menanti aib dibuka satu persatu. Mungkin mereka terlupa Allah tidak pernah pejam walau sekelip tanpa mengetahui apa yang dilakukan. Sampai masanya, ia bukan lagi menjadi satu rahsia, tetapi satu opera untuk tontonan umum yang akan menjadikan engkau sebagai watak si penjahat. Ini bukan mimpi tapi satu realiti yang telah pun terjadi. Aku tidak berhasrat menyentuh sifat sang perompak tetapi sebaliknya sifat bodoh, kejam dan tamak seorang pemimpin yang kononnya hebat tetapi akhirnya tak mampu diselindung lagi. Aku tintakan di sini..


Mao Zedong merupakan pengasas negara Komunis China. Di bawah pentadbirannya, China berjaya menjadi sebuah negara yang kuat dari sudut ekonomi dan pembangunan pertahanan sehingga ke hari ini. Nama Mao Zedong terlalu gah di China sehingga sesetengah rakyatnya menganggap beliau seakan tuhan dari kayangan. Namun, di sebalik nama yang gah dan tentera yang kuat, kebodohan beliau tidak lagi dapat disembunyikan. Mao Zedong tidak percaya kepada ilmu dari amalan membaca buku. Mao mengganggap " for those who attend the school might well acquire learning, but lost the 'truth'". Truth (Kebenaran) tidak akan diperolehi daripada membaca tetapi hanya akan lahir melalui cra Revolusi/pemberontakan. Mao menyatakan 'to read too many books is harmful'. Rakyat hanya perlu menurut kata pemerintah tanpa perlu berfikir. Maka lahirlah 'Buku Merah' yang mengandungi idea dan amanat Mao yang dijadikan panduan formal rakyat China ketika itu. Kesannya, jutaan rakyat mati diseksa dalam 'Revolusi Kebudayaan' , 'Great Leap Forward' dan 'Ploterian Revolution' ciptaan Mao Zedong bagi menunjukkan taat setia kepada Mao. Walaupun hebat di mata dunia, kebodohan Mao bukanlah satu yang boleh di 'hide'.


Adolf Hitler satu nama yang tidak asing bagi kita. Semasa Hitler menjadi pemerintah Nazi, Jerman mencapai kejayaan yang gemilang dan merupakan kuasa tentera terkuat di dunia pada ketika itu. Terkenal dengan sifat kejam yang dasyat, beliau akan menghukum sesiapa yang dianggap menentang beliau. Hitler dianggap antara pemimpin berkarisma dan beberapa kali terselamat daripada cubaan membunuhnya. Hitler mati dengan membunuh diri tetapi kekejaman beliau tidak berakhir di situ. Selepas tentera Jerman menyerah kalah, terbongkar segala kekejaman Hitler dengan penemuan kem-kem tahanan yang penuh dengan ribuan mayat bertaburan dan manusia tengkorak hidup tanpa daging. Di kem yang dinamakan ' Concentration Camp', tahanan wanita dirogol lebih 50 kali sehari, badan dipanggang seakan ayam panggang dan dimasukkan kedalam ketuhar, wanita mengandung ditembak di perut dlm keadaan berbogel dan banyak lagi yang terjangkau dek akal manusia. Nothing to hide..


Keinginan menjadi sebuah negara 'Global Cinema Force' setaraf Hollywood bukan lagi menjadi satu rahsia oleh Presiden Korea Utara, Kim Jon II. Walaupun menyedari negaranya masih jauh ketinggalan dari aspek pembangunan perfileman, namun sifat cemburu kepada negara maju lain menyebabkan beliau telah menculik seorang aktres Korea Selatan bernama Choi Un Hee dan suaminya Shin Sang Ok seorang pengarah filem. Insiden ini berlaku pada tahun 1978 dimana kedua-dua mereka ditahan dan diseksa di dalam sebuah penjara bagi tujuan 'brainwash' sebelum dibebaskan dan dihadapkan di hadapan Kim Jong II. Kim telah mengarahkan mereka menerbitkan sebuah filem bagi menaikkan nama Korea Utara. Maka terhasillah filem 'Pulgasari' yang tak ubah seperti raksasa yang melawan ultraman. Sikap tamak mahukan diri disanjung dunia meletakkan nama Kim Jong II sebagai pemimpin yang 'kolot' di mata dunia. Konspirasi ini hanya berjaya didedahkan apabila kedua-dua mereka diselamatkan Amerika dalam lawatan ke Vienna pada tahun 1986.


Sehebat mana pun seorang pemimpin itu, sekuat mana pun bala tenteranya, jika seharum bunga pun kata-katanya, mereka takkan mampu berselindung di sebalik 'tangan jahat' yang mereka lakukan. Sampai masa dan ketikanya akan terbongkar juga segalanya. Nothing to Hide-

No comments:

Post a Comment