Tuesday 23 June 2015

NOTHING TO HIDE


Salam takziah dariku buat waris mangsa gempa bumi di Sabah. Satu peristiwa yang tak terjangkau dek akal kecilku. Seakan jatuh ditimpa tangga, kita diuji lagi dengan kehilangan Kapal Orkim Harmoni, kejatuhan ringgit dan terus menanti 'kepulangan' MH 370 yang telah setahun hilang di dasar lautan. Entah mengapa seakan bumi tidak lagi serasi dengan kita lagi. Adakah ini ujian tuhan bagi menjadikan kita kuat? Atau sebenarnya murka Allah telah tertimpa di atas 'keangkuhan' kita sebagaimana nasib umat terdahulu? Sungguh..ia suatu yang menakutkan diri kerdil ini. Ditambah dengan konflik politik negara yang seakan hilang arah. Arus pertembungan antara ' Nothing to Hide' atau 'Everything must hide'. Kudiamkan saja, hanya jauhari mengenal manikam. . Bagiku, terlalu banyak yang 'dirahsiakan'. Hanya menanti aib dibuka satu persatu. Mungkin mereka terlupa Allah tidak pernah pejam walau sekelip tanpa mengetahui apa yang dilakukan. Sampai masanya, ia bukan lagi menjadi satu rahsia, tetapi satu opera untuk tontonan umum yang akan menjadikan engkau sebagai watak si penjahat. Ini bukan mimpi tapi satu realiti yang telah pun terjadi. Aku tidak berhasrat menyentuh sifat sang perompak tetapi sebaliknya sifat bodoh, kejam dan tamak seorang pemimpin yang kononnya hebat tetapi akhirnya tak mampu diselindung lagi. Aku tintakan di sini..


Mao Zedong merupakan pengasas negara Komunis China. Di bawah pentadbirannya, China berjaya menjadi sebuah negara yang kuat dari sudut ekonomi dan pembangunan pertahanan sehingga ke hari ini. Nama Mao Zedong terlalu gah di China sehingga sesetengah rakyatnya menganggap beliau seakan tuhan dari kayangan. Namun, di sebalik nama yang gah dan tentera yang kuat, kebodohan beliau tidak lagi dapat disembunyikan. Mao Zedong tidak percaya kepada ilmu dari amalan membaca buku. Mao mengganggap " for those who attend the school might well acquire learning, but lost the 'truth'". Truth (Kebenaran) tidak akan diperolehi daripada membaca tetapi hanya akan lahir melalui cra Revolusi/pemberontakan. Mao menyatakan 'to read too many books is harmful'. Rakyat hanya perlu menurut kata pemerintah tanpa perlu berfikir. Maka lahirlah 'Buku Merah' yang mengandungi idea dan amanat Mao yang dijadikan panduan formal rakyat China ketika itu. Kesannya, jutaan rakyat mati diseksa dalam 'Revolusi Kebudayaan' , 'Great Leap Forward' dan 'Ploterian Revolution' ciptaan Mao Zedong bagi menunjukkan taat setia kepada Mao. Walaupun hebat di mata dunia, kebodohan Mao bukanlah satu yang boleh di 'hide'.


Adolf Hitler satu nama yang tidak asing bagi kita. Semasa Hitler menjadi pemerintah Nazi, Jerman mencapai kejayaan yang gemilang dan merupakan kuasa tentera terkuat di dunia pada ketika itu. Terkenal dengan sifat kejam yang dasyat, beliau akan menghukum sesiapa yang dianggap menentang beliau. Hitler dianggap antara pemimpin berkarisma dan beberapa kali terselamat daripada cubaan membunuhnya. Hitler mati dengan membunuh diri tetapi kekejaman beliau tidak berakhir di situ. Selepas tentera Jerman menyerah kalah, terbongkar segala kekejaman Hitler dengan penemuan kem-kem tahanan yang penuh dengan ribuan mayat bertaburan dan manusia tengkorak hidup tanpa daging. Di kem yang dinamakan ' Concentration Camp', tahanan wanita dirogol lebih 50 kali sehari, badan dipanggang seakan ayam panggang dan dimasukkan kedalam ketuhar, wanita mengandung ditembak di perut dlm keadaan berbogel dan banyak lagi yang terjangkau dek akal manusia. Nothing to hide..


Keinginan menjadi sebuah negara 'Global Cinema Force' setaraf Hollywood bukan lagi menjadi satu rahsia oleh Presiden Korea Utara, Kim Jon II. Walaupun menyedari negaranya masih jauh ketinggalan dari aspek pembangunan perfileman, namun sifat cemburu kepada negara maju lain menyebabkan beliau telah menculik seorang aktres Korea Selatan bernama Choi Un Hee dan suaminya Shin Sang Ok seorang pengarah filem. Insiden ini berlaku pada tahun 1978 dimana kedua-dua mereka ditahan dan diseksa di dalam sebuah penjara bagi tujuan 'brainwash' sebelum dibebaskan dan dihadapkan di hadapan Kim Jong II. Kim telah mengarahkan mereka menerbitkan sebuah filem bagi menaikkan nama Korea Utara. Maka terhasillah filem 'Pulgasari' yang tak ubah seperti raksasa yang melawan ultraman. Sikap tamak mahukan diri disanjung dunia meletakkan nama Kim Jong II sebagai pemimpin yang 'kolot' di mata dunia. Konspirasi ini hanya berjaya didedahkan apabila kedua-dua mereka diselamatkan Amerika dalam lawatan ke Vienna pada tahun 1986.


Sehebat mana pun seorang pemimpin itu, sekuat mana pun bala tenteranya, jika seharum bunga pun kata-katanya, mereka takkan mampu berselindung di sebalik 'tangan jahat' yang mereka lakukan. Sampai masa dan ketikanya akan terbongkar juga segalanya. Nothing to Hide-

Wednesday 17 June 2015

The Unfinished Business: Serangan Subuh 1981


Pertama kali aku mendengar tentang peristiwa ini ialah ketika menonton rancangan Ilmu dan Falsafah di TV Al Hijrah oleh Ustaz Badlishah. Walaupun beliau tidak memperincikan secara mendalam, namun ia cukup membuat diri ini memberontak untuk mencari maksud yang jelas tentang peristiwa ini. Apakah maksud "Serangan Subuh"? Siapa dan mengapa ia dilakukan?.. Mungkin sukar bagi orang bawahan seperti aku memahami maksud dan kronologi peristiwa ini, namun aku berusaha untuk mengolah secara ringkas dan santai agar kalian memahaminya..Aku tintakan di sini..


Peristiwa bersejarah ini berlaku pada 7 September 1981. Dalam tempoh masa kurang 4 jam Syarikat Perladangan milik British iaitu Guthrie Corporation Limited telah berjaya dibawa pulang ke Malaysia. Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, hakikatnya kemerdekaan itu hanya tertakluk di atas sebuah kertas perjanjian. Realitinya, British masih menguasai hasil ekonomi negara melalui sektor perladangan. Menjelang tahun 1970, dianggarkan sebanyak 60% asset korporat Malaysia dimiliki oleh bukan rakyat Malaysia. Guthrie Corporation Limited (milik British) dari tahun 1970-1981 memiliki 194,000 ekar ladang di Malaysia. Ini bermaksud, setiap ladang getah, kelapa dan koko yang kita usahakan hasil pendapatan lebih 60% dimiliki "Mat Salleh Bermata Biru" melalui pegangan saham. Kita hanya mendapat lebihan hasil pendapatan yang digunakan untuk membangunkan Tanah air yang baru merdeka. Ya, kita masih dijajah rupanya..


Di sebalik kerakusan British ini, lahir beberapa orang pahlawan moden yang tidak didendang kehadirannya. Benci dengan sifat kolonialisme yang terus membelenggu orang Melayu, 3 anak Melayu mencatur fikiran bagi menyahkan British dari bumi bertuah ini. Mereka itulah Tun Mahathir Mohamad, Tan Sri Ismail Ali dan Tan Sri Khalid Ibrahim. Siapakah mereka ini?. Aku terangkan secara ringkas. Tun Mahathir Mohamad pada ketika itu ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa, Tan Sri Ismail Ali ialah abang ipar kepada Tun Mahathir dan juga Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Tan Sri Khalid sebagai Ketua Pegawai Pelaburan PNB pada ketika itu. Perancangan sulit dilakukan bagi menjayakan misi ini dengan strategi memujuk pelabur yang mempunyai kepentingan saham terbesar dalam Guthrie supaya menjualnya kepada PNB. Pada masa itu, PNB hanya mempunyai 25% kepentingan saham dalam Guthrie. Dalam hal ini, PNB mewakili kerajan Malaysia.


Strateginya, 3 kumpulan dipecahkan dan bergerak dalam satu masa (sekitar waktu Subuh di London). Tan Sri Khalid di Kuala Lumpur dengan memastikan pemegang saham (pro kerajaan) kekal tidak menjual sahamnya, Tan Sri Ismail pula ke Singapura (kota London jam 5 pagi) bagi memujuk CEO OCBC, Tan Chin Tuan (salah seorang pemegang saham dalam Guthrie) supaya menjualnya kepada PNB dan Rothchild (sebuah badan penasihat kewangan Kepada Kerajaan) di London bagi membeli saham yang lain. Tepat jam 4 petang waktu Malaysia (awal pagi di London), "Serangan Subuh" ini bermula dengan membeli semua saham milik Guthrie. Dalam tempoh masa kurang 4 jam, PNB berjaya memperoleh lebih 50% kepentingan saham dalam Guthrie tanpa pengetahuan CEO Guthrie yang berpengkalan di London. Ia sekaligus menjadikan Malaysia berjaya membawa semula hasil bumi negara pulang ke tanah air. Maka bebaslah kita dari tangan "Sang Kolonial Bermata Biru" atas jasa ketiga wira ini..

Monday 25 May 2015

AIR MATA ROHINGYA



Burma/Myanmar

Burma adalah nama asal negara Myanmar selepas diluluskan oleh State Peace and Development Council (SPDC) pada tahun 1989. Etnik terbesar di negara ini adalah Burman Origin dan beberapa kumpulan minoriti lain. Peperangan etnik paling kejam berlaku di kawasan Rakhin (nama Arakan yang ditukar) antara etnik Budha Arakan dan Muslim Rohingya.


The Origin of Rohingya

Terdapat 2 versi sejarah asal usul etnik Rohingya yang menjadi pertikaian dan tidak dapat dipastikan sehingga hari ini. Pertama, "Rohingya" dikatakan penduduk asal kawasan Arakan. Perkataan  "Rohingya"  dikatakan berasal dari perkataan Rohang yang membawa maksud nama asal negeri Arakan. Etnik Budha dan Muslim Arakan pada mulanya berkongsi budaya, pakaian, makanan selain agama. Kedua-dua etnik ini sama-sama didiskriminasi oleh majoriti Burman sehinggalah Nationalist Burman bertindak menyatukan seluruh penganut Buddha di seluruh Burman. Versi sejarah ini didukung oleh organisasi kemanusiaan termasuk Arakan Rohingya National Organization (ARNO) dengan harapan dapat meyakinkan pemerintah bagi mendapatkan kerakyatan Myanmar.





Versi kedua pula menyatakan Etnik Rohingya dibawa masuk oleh British ke Arakan pada tahun 1823 dari India untuk bekerja di sektor parladangan. Kerajaan Burma berpegang kepada fakta ini dan memanipulasikan 1982 Citizenship Law bagi mengusir etnik Rohingya yang dianggap kaum pendatang.
Kerajaan melabelkan mereka Immigrant Bengali tidak sah dan lebih buruk lagj Bangladesh juga tidak mengiktiraf kerakyatan mereka. 

Legacy of Discrimination

Sebelum era kolonial British, Islam dan Buddha hidup dalam keadaan aman harmoni. Konflik berpunca apabila British membawa masuk buruh dari India selepas tahun 1823 terutama di Rangoon. Rasa tidak senang hati penduduk asal Burma timbul kerana mereka digantikan pekerja etnik India yang sanggup menerima upah murah. Intermarriage antara Buddha-Muslim adalah suatu yang normal pada abad ke 19 dan 20 di Burma tetapi bertukar menjadi faktor konflik antara Buddha dan pendatang India Muslim pada tahun 1920. Selain faktor Marriage Law, faktor lain konflik ialah peluang pekerjaan dan sosio ekonomi yang tidak memihak kepada etnik Buddha. Kesudahannya rusuhan kejam berlaku pada tahun 1930 yang mensasarkan kaum wanita dan kanak-kanak.


Rusuhan kedua berlaku pada tahun 1938 yang menyasarkan khusus kepada etnik Muslim. Ia lanjutan daripada isu Marriage Law yang menjadi punca konflik kaum 1930. Sentimen perkauman 'Muslim ingin membolot kekayaan negeri Burma dan merampas anak-anak perempuan mereka' dimainkan. "Buddhist Women Special Marriage and Succession Bill" dikaji semula oleh kerajaan. Dalam rusuhan ini, 113 buah masjid telah dibakar. Suruhanjaya Siasatan ditubuhkan dan satu perjanjian dimaterai antara Kerajaan India dan Burma. Malangnya belum sempat perjanjian dilaksanakan, Jepun menduduki Burma.


Keganasan juga berlaku di kawasan Arakan selepas pendudukan Jepun di Burma pada tahun 1942 antara Buddha dan Muslim Arakan. Faktor utama konflik ialah masalah sosio ekonomi yang tidak seimbang. Kampung-kampung dibakar dan ratusan ribu Muslim melarikan diri ke kawasan Utara Arakan (Utara Arakan merupakan kubu kuat majoriti Muslim) dan sesetengahnya lari ke sempadan India. Takut dengan ancaman Muslim Arakan di Utara yang mendapat berita penindasan Muslim oleh Buddha di Arakan, Buddha telah melarikan diri ke bahagian Selatan. Hal ini mewujudkan polarisasi kaum yang jelas di Utara Arakan yang dikuasai Muslim Rohingya dan Selatan Arakan oleh Buddha. British ketika itu mengiktiraf Utara Arakan sebagai status Muslim National Area. Sebaliknya status ini dibubarkan semasa pemerintahan parti AFPFL di bawah pimpinan Aung San dan U Nu. Pada tahun 1948, kumpulan Mujahidin dari Chittagong (sekarang Bangladesh) telah masuk ke Arakan bagi berjihad membebaskan Muslim di sana namun gagal dan menyerah diri pada 1961. Di bawah pemerintahan U Nu, Rohingya diisytihar sebagai salah satu etnik Burma. Namun, selepas kejatuhan U Nu yang digulingkan Regim Tentera di bawah Ne Win, Rohingya tidak lagi diiktiraf sebagai rakyat Burma.


Dictatorship of Ne Win

Nasib Rohingya bertambah buruk sehingga ke hari ini selepas General Ne Win merampas kuasa pentadbiran negara pada tahun 1962. Beliau memperkenalkan Operasi Naga Min (Dragon King) bagi membersihkan negara daripada pendatang luar yang tidak mempunyai pengenalan diri. Taktik kejam digunakan dengan membunuh, menyeksa tahanan, merogol, merampas tanah dan kediaman. 250,000 orang Rohingya melarikan diri ke sempadan Bangladesh. Prihatin dengan mangsa pelarian, badan kemanusian antarabangsa United Nations Refugee Agency ( UNHCR) membawa Bangladesh dan Burma ke meja rundingan. Kata putus dicapai dan Operasi Shwe Hintha (Golden Bird) digerakkan bagi membawa semula pelarian ke negeri Arakan.




Namun, pada tahun 1988 apabila State Law and Order Restoration Council ( SLORC) mengambil alih, pengusiran dilakukan semula. Kali ini, Operasi Pyi Thaya(Clean and Beautiful Nation) digerakkan bagi menghapuskan etnik Rohingya. Kali ini, badan kemanusiaan antarabangsa dan kesihatan tidak dibenarkan masuk. Beribu tahanan dibunuh, dirogol dan ditahan dan kem tahanan yang dikawal oleh pasukan keselamatan yang dikenali sebagai NaSaKa. Pasukan inilah yang melakukan keganasan ke atas tahanan. Mereja dinafikan makanan, kesihatan, pendidikan dan tidak dibenarkan berkahwin dan mempunyai anak tanpa kelulusan kerajaan. Mereka dianggap sebagai " modern-day slavery".

Pada Mei 2012, dilaporkan seorang wanita Buddha telah dirogol oleh sekumpulan lelaki Rohingya. Isu ini terus menyemarakkan lagi api perkauman dan keganasan dan penindasan ke atas Muslim Rohingya sebagai membalas dendam  terus berlaku. Sebanyak 4,855 binaan dimusnahkan, 78 000 palarian ditahan dan diseksa di kem tahanan.

The Toothless Tiger


Aung San Suu kyi yang merupakan pejuang demokrasi Burma sehingga kini hanya mendiamkan diri apabila diajukan isu Rohingya. Ia menjadikan isu Rohingya ini bertambah kompleks.

The Sangha


Sangha merujuk kepada komuniti kecil ‘pejuang’ Budha. Di dalam kitab Vinaya Buddha menyebut “ Monk must not engage ini public worldly affairs but for one exception; when the Sasana (Budha religion) is perceived to be under threat”. Sangha telah berarak membantah cadangan Organisation of Islamic Coorporation  (OIC) menubuhkan pejabatnya di Burma dan memberi bantuan kewangan dan perubatan kepada Rohingya. Pada tahun 2012, keganasan yang berlaku tidak berpunca daripada pihak keselamatan sepenuhnya tetapi kekejaman membunuh Muslim Rohingya dilakukan oleh Sangha. 



 Reference

Mary Kate Long. "Dynamic of State, Sangha and Society in Myanmar: A Closer Look at the Rohingya Issue", Asian Journal of Public Affairs, Vol.6.No.1. 


Tuesday 10 February 2015

HELAH POLITIK

Bismillah,


Acapkali aku disindir "kenapa belajar Sains Politik? Nak jadi YB ke?". Tak kurang yang memperlekehkan dengan nada "aku tak minat politik".Ada juga yang berkata "Politik tu kotor". Aku hanya mampu tersenyum dan kubiarkan persepsi sebati dengan akal waras mereka. Biarkan..Andai benar bagai dikata mengapa Rasulullah juga berpolitik apabila menyatukan Ansar dan Muhajirin? Perjanjian Hudaibiyah, utusan Rasulullah kepada Raja an Najasyi tidak cukupkah membuktikan Rasulullah berpolitik?


Aku berprinsip 'Islam hanya akan menang dengan percaturan politik'. Mungkin ramai yang menggeleng dengan hujah kurang masak ini. Tak mengapa ianya bukanlah untuk memecah kebuntuan, tetapi mengajak kalian berfikir dan mencari titik penyelesaian umat hari ini. Aku hujahkan di sini..


Aku melihat bagaimana Jepun sebuah negara hebat yang pernah menguasai dunia satu ketika dulu kini layu diejek bagai 'Harimau Tak Bergigi'. Hebat dengan teknologi canggih tetapi tunduk kepada kuasa 'Uncle Sam'. Hatta kitab perlembagaan negara dinoda penjajah Mc Arthur. Juga Korea Selatan dengan kemajuan IT yang luar biasa tapi terkedu berdepan dengan Amerika. Aku terfikir teknologi mereka canggih tetapi kenapa masih tidak mampu menjadi Kuasa Dunia? Kemana perginya kecanggihan mereka. Mengapa tidak dilawan saja?


Aku mengkaji bagaimana Jerman yang satu ketika digeruni dunia di bawah pemimpin agung Hitler akhirnya tersungkur dan tak mampu bangkit melawan kuasa dunia. Kini, ia hanya termaktub dalam lipatan sejarah yang mungkin tak akan berulang seakan tumbangnya Tembok Berlin.


Aku merenung nasib negara Islam yang kaya dengan harta Qarun seperti Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan Yaman tetapi hanya mampu mengikut telunjuk Sang Kafir bermata biru. Yang lainnya Libya, Pakistan, Iraq, Mesir dan Syiria satu persatu tumbang dan terus bergolak menjadi sarang melebarnya fitnah Munafik. Jauh aku berfikir..Mereka kaya tetapi mengapa perlu tunduk dengan Sang Kafir? Kemanakah hilangnya nilai Qarun mereka? Mengapa masih tidak mampu membela Islam di puncak dunia?


Hatiku bertanya mengapa Palastin sehingga kini masih bergelut untuk menjadi sebuah negara? Aku memberontak tatkala melihat Israel menyembelih anak kecil yang tidak berdosa. Lantas aku terfikir mengapa Israel sebuah bangsa yang tidak ada negara, tiada kekayaan hasil bumi, tiada teknologi secanggih jepun mampu meletakkan Amerika di hujung jarinya? Hebatnya mereka hingga mampu mempengaruhi Barat untuk mengirim umat Islam ke liang lahad. Mereka bukanlah bangsa yang kuat tetapi pandai bermain 'Helah'. Ia bukanlah auta sembarangan tetapi fakta yang aku perolehi dari bacaan ilmiahku.


Lalu aku teringatkan pesan guruku "Politik berkisar tentang KUASA yang menentukan SIAPA mendapat APA dan BAGAIMANA" ..Benarlah, kekayaan, kekuatan tentera dan kecanggihan teknologi semata-mata tidak meletakkan sesebuah negara itu menjadi Kuasa Dunia. Tetapi Islam perlukan seorang pemimpin yang bijak mencatur 'Helah Politik' dengan bersandarkan Al Quran dan Hadith sebagai rohnya. Muhammad Al Fateh pernah membuktikannya sewaktu membebaskan Kota Constantinople dari tangan Sang Kufar satu masa dahulu. Moga tangan kecil ini mampu menurutinya..